EXPERIMENT5
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

EXPERIMENT5

welcome to - Science Johore Form 5 2008 Organization Authorised Forum.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Cerita Dari Syurga

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Ryuichi
GPK KOKO
GPK KOKO
Ryuichi


Male Number of posts : 146
Age : 32
Location : teratak buruk
Class : 5 Teknikal Melur
Registration date : 2008-03-08

Cerita Dari Syurga Empty
PostSubject: Cerita Dari Syurga   Cerita Dari Syurga I_icon_minitime12/3/2008, 6:25 pm

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua ayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam
Back to top Go down
http://www.friendster.com/ryuichikuga
MyNaMeIsSeI
PEGAWAI PELAJARAN NEGERI
PEGAWAI PELAJARAN NEGERI
MyNaMeIsSeI


Male Number of posts : 394
Age : 32
Location : berpindah randah
HP number : +6017744 tekan tekan x dapat..kuang3
Class : da x skola beb!!
Registration date : 2008-03-07

Cerita Dari Syurga Empty
PostSubject: Re: Cerita Dari Syurga   Cerita Dari Syurga I_icon_minitime13/3/2008, 1:05 am

huhu~~
insaf nyer aku baca...
No
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mysensei
 
Cerita Dari Syurga
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
EXPERIMENT5 :: SeNarai ForumZ :: :: USRAH online ::-
Jump to: