1) Lawak PM
Kenapa PM selalu tidak kelihatan pada waktu pagi...??
Sebab dia PM,bukan nya AM...
Hikhikhik...
2) ayam dan lembu
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ??
3) SALAM DI PERANTAUAN
Petikan ‘Salam di perantauan’ sempena raya (dalam akhbar)
"Family pertama":
Saya Mohd Cili bin Padi serta keluarga dari united kingdom inggin menyampaikan salam raya kepada Mak Ayah dikampung dgn ucapan.."makan rendang tenggiling tuh jgn lupa anakanda kat U.K ni yer mak..Sembah salam dari anakmu yang jauh di mata"Waaaaaa....waaaa....
"Family kedua":
Saya Soud bin Mariapa serta keluarga dan anak-anak..mengambil kesempatan ini memohon Ampun dan maaf kepada mak mertua dan keluarga saya yang berada di bentong serta keluarga Mohd Nazri bin Nawang dan adik beradik saya,belah mak mertua dan belah saya jugak dan tak lupa jugak kedai mamak belah belakang spital tuh...dgn ucapan..cuaca kat sini sejuk la mak tapi kengkadang hujan..Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..
yang jauh dimata…anakmu
Dari
"GENTING HIGHLANDS" PAHANG.........
kwang..kwang..kwang..
4) ANAK
Kalau anak katak dipanggil berudu,
Kalau Anak rama-rama dipanggil ulat beluncas,
Kalau anak nyamuk dipanggil jentik-jentik,
Anak siput dipanggil apa?
Jawapannya: Anita Sarawak .sebab......................... mak dia Siput Sarawak...
5) Otak Lembu
Ahmad dan Ludin berjalan seiringan menuju ke suatu tempat.
Ahmad menyandang sebuah beg besar di belakangnya.
"Hai, Ahmad, " Ludin menyapa. "Apa ada di dalam beg kamu?"
"Ayam", Ahmad menjawab.
"Kalau aku teka berapa jumlahnya, boleh kau berikan aku satu daripadanya?" Tanya Ludin lagi.
"Kau boleh miliki kedua-duanya" Balas Ahmad.
"Baiklah, aku teka ada lima kesemuanya. Betul tak?"
6) pandai polis..
Pada satu malam,polis ni bertugas la nak tahan org yg bwk menyalahi undang2..pastu dtg la seorang pemuda yg tidak membuka lampu depan..
Polis : Apsal tak bukak lampu depan?Bahaya tau dak
Pemuda : Alah,sana lampu situ lampu sini lampu...brapa banyak nak bukak lampu?
Polis itu agak kebengangan lalu memancitkan tayar si penunggang tuh
Pemuda : Apsal ni?mcm mana saya nak balik?
Polis : lah..sana angin, situ angin brapa banyak angin nak guna?
7) Apek Kubur
Ali dan Abu baru saja balik dari mengaji di masjid yang berdekatan dengan kampungnya. Dalam perjalanan balik dari masjid itu, nak dijadikan cerita mereka berdua melalui dengan kubur cina. Mereka berdua bersa seram sejuk Beberapa saat selepas itu, mereka berdua terdengar bunyi orang sedang mengetuk batu. Mereka merasa semakin seram. Kemudian, mereka ternampak kelibat seorang lelaki tua di perkuburan itu.Mereka pun lega. Orang yg jage kubur gaknye. Mereka menanya apek itu dan berkata "Apek,apa lu buat sini malam2" dan apek itu berkata "Haiya,itu orang salah tulis gua punya nama lo".
You've Got Mail
Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.
Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.
Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apa masalah awak ni?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Masalah saya..... Komputerku yang kurang pandai itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."