MANA SHARLINIE???
p/s - Mana Sharlinie??ni mesti kata2 yg kuar dari mak Sharlinie kat kakak Sharlinie,Sharliena…Napa la kes culik ni makin berleluasa??kejam betul la…budak kecik mana la tau ape2…x de perasaan sungguh la orang yg culik budak2 nih…dulu tahun lepas kecoh abis kisah pasal Nurin Jazlin…sekarang ni pulak pasal Sharlinie…hey!budak tu baru 5 tahun…ape yg ko dapat hah nak culik die???kejam la kau!!!
Petikan Berita Dari Harian Metro.
PETALING JAYA: “Ia berlaku terlalu cepat, tak sampai setengah minit selepas saya berpaling ke belakang sebelum menoleh semula ke depan, dia (Sharlinie Mohd Nashar) sudah tiada.
“Ketika itu, saya ada dielakangnya dengan menunggang basikal, manakala dia pula berjalan kaki di lorong perumahan untuk pulang ke rumah,” kata Sharliena, 8, mengenai adiknya yang hilang dipercayai diculik ‘lelaki kucing’, pagi semalam.
Kehilangan Sharlinie, 5, turut dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer daripada tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum ‘dipulangkan’ semula dipercayai dilakukan suspek sama, Isnin lalu.
Lelaki kucing turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, tahun lalu.
Ketika kejadian jam 11.30 pagi semalam, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan pulang bersama Sharliena, melalui satu lorong untuk pulang ke rumahnya di Taman Medan di sini, selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Menurut Sharliena, dia dan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan
Linie sepatutnya ke kelas mengaji al-Quran selepas pulang dari sekolah
jam 11 pagi, tetapi kedua-dua mereka ponteng untuk bermain di taman
permainan.
“Saya pulang ke rumah melalui lorong perumahan teres
dua tingkat selepas hampir setengah jam bermain di taman permainan
bersama Linie. Adik yang berjalan kaki di hadapan saya ‘lesap’ secara
tiba-tiba.
“Pelik rasanya kerana sebaik menoleh semula ke depan
selepas melihat sesuatu di belakang, Linie dah tiada,” katanya ketika
ditemui di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya di sini,
semalam.
Liena mendakwa, sebelum kejadian, dia ada ternampak seorang wanita sedang berjalan di lorong berkenaan.
Ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata dia menyangka kedua-dua anaknya
ke kelas mengaji al-Quran seperti hari lain dan terkejut apabila Liena
pulang ke rumah beberapa minit selepas kejadian untuk memberitahu
kehilangan Linie.
“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya membuat
laporan di Balai Polis Taman Medan, kira-kira jam 2 petang sebelum ke
IPD Petaling Jaya,” katanya.
Suri rumah itu berkata, dia berdoa tiada perkara buruk berlaku pada anaknya seperti kes yang pernah
menimpa kanak-kanak malang lain sebelum ini. “Saya meminta orang ramai yang mengetahui di mana Linie berada supaya segera
menghubungi saya atau suami, Mohd Nashar Mat Hussain di talian
016-2709096 atau 016-2583450,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad,
berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kehilangan Sharlinie
mempunyai kaitan dengan ‘lelaki kucing’.
“Bagaimanapun,berdasarkan taktik yang digunakan lelaki itu sama dengan kes sebelum
ini, polis tidak menolak kemungkinan dia turut terbabit dalam kes
terbaru ini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Harian Metro semalam melaporkan, Nur Fatiha dipercayai diculik seorang lelaki
disyaki lelaki kucing yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan
mangsa mencari kucing dan burungnya yang hilang ketika mangsa sedang
bermain di Pangsapuri Desa Sepakat Sri Manja, Taman Medan, Petaling
Jaya, Isnin lalu.
Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki terbabit kemudian dibawa menaiki motosikal sebelum ditinggalkan di tepi
jalan di Setapak Jaya, Kuala Lumpur, pada jam 7.45 malam. Orang ramai
yang menemui kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Balai Polis Wangsa
Maju.