Rawatan KecemasanSeorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."
Tak Romantik Langsung Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
Kenapa tak ketawa Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.